Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Integriti dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Bagi penjawat awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara
atau kaum kerabat sendiri.

Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.

“You must know that in the private sector, time is of essence and what can be quite normal in certain government departments which are doing more complicated social and political roles in a commercial environment, you have to regard that delay can amount to negligence. Because of that therefore, you have to start with the smallest discipline like dress etiquette, stay away from drugs, not to be involved in receiving presents that are obviously trying to influence your judgement”.

Petikan ucapan YAB Pehin Sri Ketua Menteri Sarawak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kerajaan Bacaan Kali Kedua, The Statutory Bodies
(Conduct and Discipline) 2004.

Program dan Aktiviti Berkaitan Integriti

i. Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

(Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Di Peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 1998)

a. Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Kerajaan Negeri (JKPKN) untuk peringkat Negeri Sarawak dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak. Mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi membincangkan isu-isu berbangkit yang dilaporkan oleh Jawatankuasa Kerja Kepada JKPKN;

b. Jawatankuasa Kerja Kepada Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Kerajaan Negeri (JKPKN) yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Sarawak mengadakan mesyuarat sekurang-kurang tiga kali setahun bagi membincangkan laporan JKP Peringkat Jabatan; dan

c. Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) Peringkat Jabatan yang merangkumi pihak Kementerian, Jabatan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah menghantar laporan ke sekretariat JKPKN setiap suku tahun iaitu setiap tiga bulan untuk dibawa ke Mesyuarat Jawa-tankuasa Kerja Kepada JKPKN.

ii. Minggu Integriti

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak ( SEDC) telah menganjurkan Minggu Integriti pada 2 September 2004 di Holiday Inn, Kuching. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak yang diisi dengan pelbagai program ceramah dan kempen peningkatan integriti yang melibatkan semua kakitangan SEDC.

iii. Seminar Integriti Bersempena dengah Hari Perkhidmatan Awam 2005 pada 16 hingga 19 Ogos 2005, Seminar Kecemerlangan Perkhidmatan Awam
Negeri Sarawak telah diadakan dengan tema ‘Integriti Asas Kecemerlangan: “( Empowerment, Enforcement, Excellence)”.

Pelbagai tajuk seminar telah disampaikan oleh pihak BPR dan Institut Integriti Malaysia (IIM) juga turut membentangkan kertas kerja pada Seminar tersebut.

Pustaka Negeri Sarawak juga turut mengadakan Seminar Integriti bersempena dengan Minggu Kualiti dengan tajuk Seminar Integriti Cemerlang Modal Insan Terbilang : ‘Isu, Cabaran dan Pelaksanaan Berdasarkan Pelan Integriti Nasional yang disampaikan oleh Tuan Haji Mustafar Bin Haji Alt, Timbalan Presiden IIM pada 14 September 2005.

iv. Hari Integriti Peringkat Negeri Sarawak

Bersempena dengan Hari Integriti Negara yang ditetapkan pada 5 November setiap tahun, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah dilantik sebagai penganjur Hari Integriti Peringkat Negeri Sarawak dengan kerjasama sekretariat JKPKN yang dijangka pada 7 Februari 2006. Beberapa program dan seminar telah dirancangkan pada hari tersebut yang akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak.

v. Anugerah Integriti Surat Pekeliling Perjawatan Bil. 21/ 2005 mengenai Hari Integriti Negara bertarikh 29 Ogos 2005 telah diedarkan kepada semua Kementerian, Jabatan, Mejiis Tempatan dan Badan-Badan Berkanun Negeri untuk mengadakan program/aktiviti berkaitan dengan integriti dalam bulan November.

Selaras dengan aktiviti tersebut, setiap Ketua Jabatan adalah digalakkan untuk mencalonkan mana-mana pegawai yang mempunyai nilai-nilai integriti yang tinggi dan difikirkan layak untuk menerima pengiktirafan integriti terutamanya di kalangan pegawai-pegawai kumpulan sokongan.

Pegawai yang dipilih akan menerima anugerah tersebut pada Hari Integriti Peringkat Negeri Sarawak.

vi. Pelaksanaan Hari Integriti Peringkat Jabatan 2005

Setiap program dan aktiviti diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran pentingnya integriti disemai dalam diri penjawat awam serta organisasi keseluruhannya.

Antara yang telah dilaksanakan ialah :

a. Jabatan Agama Islam Sarawak telah menetapkan 15 November 2005 sebagai Hari Integriti Peringkat Jabatan dengan tema ‘Integriti Menjana Kecemerlangan’. Antara aktiviti yang diadakan ialah Majlis Perhimpunan Staf, Ceramah Integriti, Perkhidmatan Kaunter Berkualiti dan Taklimat Pemanduan Berhemah.

b. Peiabat Residen Bahagian Betong telah memilih tarikh 16 November 2005 sebagai sambutan Hari Integriti Peringkat Jabatan.

c. Majlis Perbandaran Padawan telah mengadakan Hari Integriti Peringkat Jabatan pada 16 November 2005.

d. Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak telah mengadakan Hari Integriti peringkat Jabatan pada 24 November 2005. Antara agenda pada hari tersebut ialah penyampaian Anugerah Integriti di peringkat Jabatan.

e. Sarawak Tourism Board mengadakan sambutan Hari Integriti Peringkat Jabatan pada 29 November 2005.

f. Pejabat Daerah Lundu mengelola Majlis Ceramah Integriti Peringkat Daerah Lundu bersempena dengan Hari Integriti Peringkat Jabatan yang berlangsung pada 30 November 2005.

g. Majlis Bandaraya Miri mengadakan sambutan Hari Integriti Peringkat Jabatan pada 1 Disember 2005.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998