Home
Kempen Tandas Bersih - Untuk Kesejahteraan Masyarakat Dan Imej Negara
.
Pihak kerajaan memandang serius berhubung isu kebersihan tandas awam di negara ini. Untuk itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengambil initiatif untuk membentuk strategi dan melaksanakan usaha-usaha bagi mempertingkatkan tahap kebersihan tandas awam ke peringkat bertaraf dunia. ‘Kempen Tandas Bersih’ merupakan sebahagian dari strategi tersebut.

Apabila kita menyebut tentang isu tandas awam, ramai yang mengambil mudah serta menganggapnya sesuatu perkara yang kecil dan remeh. Ada pula yang berpendapat tandas adalah tempat yang kotor oleh itu patutlah ianya berada dalam keadaan yang kotor.

Jika sekalipun tandas itu berada dalam keadaan yang bersih, golongan ini tidak berfikir dua kali untuk mengotorkannya atau menggunakannya dengan cara yang salah sehingga merosakkannya. Demikianlah kita sering dapat lihat tandas awam yang tersumbat, pamnya rosak atau paip air dibiarkan tidak ditutup dan sebagainya.

Sebenarnya isu kebersihan tandas, khususnya tandas awam merupakan sesuatu yang serius yang perlu kita semua ambil berat. Bayangkan jika kita tiba-tiba mendapat ‘call of nature’ di tempat awam yang tandasnya rosak dan kotor, pada ketika itu kita akan dapat hayati nilai sebenar tandas awam yang bersih.

Mungkin ketika itu isu ini bukan suatu perkara yang kecil lagi. Atau, jika kita terdengar pelancong atau tetamu kita dari luar negeri merungut tentang tandas kita yang menjijikkan, sudah tentu ianya akan memalukan kita serta mencemar imej negara. Pada ketika itu, kita akan dapat rasakan bertapa perkara ini bukan satu isu yang remeh.

Berdasarkan kajian Pertubuhan Tandas Sedunia perkara ini sememangnya bukan sesuatu yang remeh, bayangkan, purata seseorang pergi ke tandas ialah 2,500 kali setahun, kira-kira enam dan lapan kali sehari (baik untuk membuang air besar atau air kecil), dan keseluruhannya seseorang itu menghabiskan kira-kira tiga tahun daripada hayatnya di dalam tandas.


Oleh itu, siri ‘Kempen Tandas Bersih’ ini diadakan dengan objektif untuk menerapkan kesedaran di kalangan masyarakat peri pentingnya menjaga kebersihan tandas awam. Seterusnya dengan kesedaran ini, masyarakat akan dapat menukar persepsi mereka terhadap kebersihan tandas awam.

Dengan itu kerajaan berharap akhirnya perubahan persepsi ini akan membawa kepada pembentukan satu budaya baru, iaitu budaya tandas bersih di kalangan masyarakat negara ini.

Dengan hasrat dan harapan inilah pihak KPKT dengan sokongan pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah berusaha melontarkan beberapa tema bagi menjayakan kempen seumpamanya, antara ‘Tandas Bersih Cermin Budaya Kita’, dalam ‘Kempen Tandas Bersih Peringkat Zon Sarawak’ atau pun ‘Ke Arah Budaya Tandas Bersih’ dalam ‘Kempen Tandas Bersih Peringkat Zon Tengah’ (Kuala Lumpur) baru-baru ini.

Untuk mencapai hasrat kerajaan di atas, kerjasama orang ramai adalah amat diperlukan. Melalui kempen sebegini semua pihak yang terlibat (stake-holders) dalam isu kebersihan tandas ini termasuk para pengunjung dapat dipertemukan bersama.

Harapannya ialah supaya mesej kesedaran dan pembaharuan terhadap isu kebersihan tandas ini kemudiannya akan dapat disebarkan seluas-luasnya dikalangan masyarakat.

Kerajaan serta pihak berkenaan, khususnya KPKT sedar bahawa masalah memelihara kebersihan tandas juga melibatkan faktor-faktor yang lain. Ini termasuklah rekabentuk tandas, sistem pengurusan, teknologi dan kelengkapan yang digunakan dan sistem penyelenggaraan.

Dengan itu, kerajaan melalui pihak KPKT juga telah berusaha mengatur strategi bagi mempertingkatkan aspek-aspek ini. Kempen ini juga tidak ketinggalan dalam mengenengahkan maklumat berkaitan faktor-faktor ‘hardware’ tersebut.

Adalah diharapkan melalui pameran yang diadakan sempena kempen ini juga dapat memberikan pendedahan dan maklumat yang berfaedah kepada para pengunjung yang sudah pasti juga merupakan pengguna kepada tandas-tandas awam yang sedia ada.

Bagaimanapun, dalam usaha memelihara kebersihan tandas awam, aspek budaya pengguna tandas awamlah yang merupakan faktor paling rumit untuk diubah dan ditangani. Ini kerana ianya melibatkan perubahan mind set dan sikap individu itu sendiri. Oleh itu, perkara ini diberi penekanan dalam beberapa siri kempen yang jalankan.

Adalah menjadi harapan, melalui berkat usaha berterusan yang meliputi semua aspek bagi memastikan kebersihan tandas awam serta sokongan dari semua pihak, kita akan dapat mencapai matlamat untuk memelihara kebersihan tandas awam di negara ini.

Di samping usaha mempertingkatkan tahap kebersihan, KPKT juga sentiasa berusaha dan bekerjasama dengan rakan kongsi yang lain (Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi-agensi kerajaan, pengusaha perniagaan dan lain-lain lagi) bagi menambah bilangan dan kualiti kemudahan tandas awam untuk memenuhi keperluan orang ramai.

Di antara usaha yang dilaksanakan adalah menghasilkan tandas rekabentuk baru yang mengambilkira budaya penggunaan tandas masyarat di negara ini serta faktor-faktor tempatan yang lain. Ini diharapkan akan dapat membantu memperbaiki tahap kebersihan tandas awam dan keselesaan para pengguna.

Bagi tempoh 2003-2004 KPKT juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 31.6 juta untuk membantu PBT-PBT melaksanakan program pembinaan tandas awam atau kerja-kerja menaiktaraf tandas awam di kawasan masing-masing.

Selain itu, pihak KPKT juga turut mencadang dan sedang mengkaji untuk memperkenalkan ‘street toilets’ di tempat-tempat awam yang sibuk bagi kegunaan dan keselesaan orang ramai. ‘Street toilet’ ini ini mempunyai rekabentuk yang ringkas dan hanya memerlukan ruang yang kecil untuk didirikan.

Manakala bagi aspek pengurusan dan penyelenggaraan tandas, KPKT antara lain berhasrat untuk memperkenalkan sistem score sheet. Sistem ini memberi gred yang menggambarkan tahap kebersihan tandas awam.


Ini memudahkan pihak pengguna memilih premis yang mempunyai tandas awam yang bersih disamping memudahkan pihak berkuasa untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap pemilik tandas awam yang kotor.

Sistem ini telah dicuba di negeri Johor sejak tahun lalu (2003). Sekiranya didapati berkesan, sistem ini akan diperkenalkan ke seluruh negara.

Seminar yang diadakan semasa Kempen Tandas Bersih Peringkat Kebangsaan pada 28 Julai 2003 yang lalu di Johor Bahru telah menggariskan langkah-langkah susulan yang perlu diambil bagi mencapai matlamat tandas awam yang bersih di negara ini.

Apa pun, syabas diucapkan kepada kerajaan-kerajaan negeri, PBT dan pihak-pihak lain yang telah bertindak proaktif melaksanakan langkah-langkah susulan tersebut.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) contohnya telah melaksanakan langkah susulan tersebut dengan memperkenalkan sistem pemantauan kebersihan tandas awam di premis-premis yang menjadi tumpuan ramai dan pelancong asing.

Langkah ini telah berjaya mempertingkatkan tahap kebersihan tandas awam di tempat-tempat tersebut.

Dengan kejayaan pelaksanaan sisitem pemantauan itu, pastinya ia akan terus dipertingkatkan dan penggunaannya akan diperluaskan. Adalah diharapkan agar PBT-PBT lain juga akan dapat mencontohi tindakan positif DBKL ini.

Di Sarawak usaha berkaitan menjaga kebersihan tandas telah disambut baik pihak PBT di Sibu, dimana pihak Majlis Perbandaran Sibu (MPS) telah mengadakan pertandingan kebersihan tandas untuk semua kedai, restoran dan premis makanan di bandar ini bermula dari 1 September hingga hujung tahun ini (Disember 2004).

Pengerusi MPS, Kaunselor Tiong Thai King berkata, tandas bersih di kedai kopi dan premis makanan memainkan peranan penting dalam mnaikkan imej Bandar itu kerana standard kebersihan tandas juga boleh mencerminkan cara hidup dan budaya sesebuah masyarakat.

Menurut MPS, pertandingan ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan awam dan kebersihan termasuk kebersihan tandas awam.

Bagaimanapun, dengan kesedaran peri pentingnya kempen seumpama ini untuk kesejahteraan masyarakat dan imej negara, maka kita sebagai masyarakat seharusnya lebih perihatin terhadap perkara berkaitan kebersihan, khususnya kebersihan tandas awam.

Semangat dan kesedaran sebeginilah yang amat diperlukan sebagai momentum bagi merintis kejayaan kepada usaha-

Current Issue | Archives: 2005: May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | November 2004 | October 2004 | September 2004 | August 2004 | July 2004 | June 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998