Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Bintulu Tarik Pelabur Dalam Pelbagai Jenis Industri

Penemuaan sumber mentah Gas Cecair Asli ( LNG) di perairan Bintulu pada sekitar tahun 1980-an telah membawa kepada kepesatan pembangunan yang mungkin tidak pernah terlintas dalam fikiran penduduk di Bahagian itu.

Ini kerana penemuan itu telah membawa kepada operasi Malaysia LNG (MNLG 1 dan MLNG 2) serta pembinaan pelabuhan laut dalam bagi memenuhi keperluan pelbagai jenis industri yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Dua tahun lalu MLNG 3 pula memulakan operasinya. Kemudahan yang disediakan di ketiga-tiga loji MLNG itu (dikenali juga sebagai Kompleks Petronas MLNG) kini menjadikan Malaysia pusat pengeluaran LNG yang terbesar di dunia dengan menghasilkan kira-kira 23 juta metrik tan LNG setahun.

Dengan rizab LNG ke-14 terbesar di dunia, hasil bumi Bintulu itu membolehkan negara membekalkan 25 peratus daripada keperluan LNG dunia pada ketika ini.

Bintulu turut menjadi tumpuan industri berasaskan petro-kimia. Antaranya pembinaan kilang memproses baja urea iaitu Asean Bintulu Fertilizer ( ABF) dengan pelaburan sebanyak RM700 juta 18 tahun lalu, industri memproses gas cecair asli kepada produk komersil seperti lilin, kosmetik, bahan pencuci dan pelarut, industri memproses minyak kelapa sawit pertama di Sarawak, industri kaca dan gam serta industri berasaskan kayu.

Perkembangan ekonomi yang pesat itu membolehkan Terminal Kontena Antarabangsa Bintulu (BICT) mencatatkan kira-kira 28.97 juta tan metrik kargo pada tahun 2003 iaitu meningkat sebanyak 13.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pelaksanaan dan penyiapan Lapangan Terbang Bintulu yang baru dengan kos kira-kira RM450 juta pula yang berupaya menampung pendaratan pesawat
Boeing 747 serta Airbus.

Kemudahan itu dijangka dapat menarik kemasukan lebih ramai pelabur luar. Tapak lapangan terbang yang lama pula akan dimajukan menjadi pusat komersil.

Kepesatan ekonomi di Bahagian Bintulu turut membawa migrasi penduduk yang besar terutamanya untuk bekerja di situ. Hampir 190 ribu orang (Banci tahun 2000) menetap di Bahagian ini berbanding hanya kira-kira 5 ribu orang sekitar 25 tahun lalu.

Bagi menampung pertambahan penduduk di Bahagian itu, banyak projek perumahan seperti Rumah Perumahan Rakyat (RPR) Kidurong serta projek skim penempatan semula di Sungai Plan dan Kampung Jepak telah dilaksanakan. Pembinaan RPR Kidurong (Fasa Empat) yang giat dalam pelaksanaan ketika ini bakal menyediakan lebih kurang 600 unit rumah kos rendah.

Pembangunan berterusan di sekitar Bandar Bintulu turut membawa kepada cadangan untuk mewujudkan sebuah bandar baru di kawasan Jepak. Turut
dicadangkan ialah usaha mewujudkan “Central Business District” di bandar Bintulu bagi membolehkan aktiviti perdagangan serta kegiatan yang berkaitan diadakan secara berpusat.

Meningkatnya populasi turut membawa kepada peningkatan penggunaan air. Kerana itu Projek Loji Air Kelalong telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan berkenaan. Ia baru disiapkan dengan kos sebanyak RM100 juta.

Projek Empangan Hidro Elektrik Bakun yang sedang dalam pelaksanaan di Bahagian Kapit juga sebenarnya membawa impak besar kepada pembangunan di Bintulu secara menyeluruh. Ramai pihak telahpun merancang untuk datang melabur dalam pelbagai sektor industri di Bintulu. Antaranya ialah dalam Projek Kilang Aluminium yang bakal dibina di Similajau memandangkan sumber tenaga elektrik yang banyak yang diperoleh hasil penjanaan Empangan Hidro Bakun.

Berdasarkan pembangunan pesat yang dialami sekarang serta potensi yang ada untuk Bintulu terus membangun, tidak mustahil Bahagian Bintulu, khususnya Bandar Bintulu akan mampu menjadi pusat pertumbuhan industri yang terkemuka di rantau ini.

Melalui penyusunan strategi bagi pelan pembangunan Bintulu yang sistematik, Bahagian Bintulu bukan sahaja mampu memiliki bandar industri yang utama di negeri ini, malah dapat menjadi sebuah destinasi pelancongan melalui peningkatan kemudahan serta infrastruktur yang menyeluruh dan berterusan.

Bintulu terkenal dengan keindahan flora dan faunanya. Antara tarikannya ialah Taman Negara Similajau yang menjadi lokasi pertandingan Similajau Eco-
Challenge, Taman Tumbina, Pantai Tanjung Batu/Pantai Temasya dan Taman Pertanian Sarawak.

Begitu juga dengan keunikan budaya masyarakat Kadayan di Kampung Kuala Nyalau yang pernah bertanding dalam Pertandingan Desa Cermerlang Peringkat Negeri pada tahun 2003. Keindahan persekitaran kampungnya turut membawa kepada perancangan untuk mewujudkan homestay di situ.

Selain Esplanade Bintulu yang sedia ada, pihak kerajaan juga telah merancang untuk melaksanakan sebuah Riverfront di tebingan Sungai Kemena bermula dari tebingan Riverfront Inn yang akan melalui Pantai Ria.

Semua kemudahan itu telah dirancangkan bagi menyediakan daya penarik atau tempat beriadah untuk pengunjung dan penduduknya di samping membantu memacu ekonomi Bahagian Bintulu ke arah kemajuan yang setanding dengan Bahagian yang lebih membangun di negeri ini.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998