Home

Apa Kata Mereka ... [ Tentang Perkhidmatan Awam ]

Ang Zhi Li
19, Pelajar

“Walaupun masih belajar, saya mempunyai banyak pengalaman berurusan dengan pejabat kerajaan. Sepanjang pengalaman saya, perkhidmatan yang diberikan memuaskan tetapi boleh diperbaiki lagi”.

Dia menyarankan supaya perkhidmatan di kaunter dipertingkatkan dengan bukan sekadar memberikan perkhidmatan yang biasa (standard) kepada pelanggan.

Cadangannya supaya pegawai yang bertugas di kaunter bukan setakat memberikan borang yang diperlukan oleh pelanggan yang datang, sebaliknya pegawai berkenaan perlu mengambil inisiatif dengan memberi penerangan maklumat yang berkaitan serta perkara yang perlu dilakukan oleh pelanggan.









Johow Ak Nyagor
Ketua Masyarakat

Memberi penjelasan yang mudah difahami oleh pelanggan, mewujudkan kerjasama antara agensi kerajaan dan menggunakan pendekatan “turun padang”, adalah sebahagian daripada cadangan yang dikenalpasti mampu meningkatkan perkhidmatan awam di jabatan kerajaan.

Begitulah yang disuarakan salah seorang pelanggan, En Johow Ak Nyagow tentang bagaimana perkhidmatan awam dapat ditingkatkan. Perkhidmatan kaunter juga tidak terkecuali yang dianggapnya telah mengalami perubahan yang drastik. Kalau dahulunya, perkhidmatan kaunter dianggap sering lambat dan kurang efektif, namun keadaan tersebut kini telah berubah menjadi lebih cekap dan pantas.









Pn Sapiah Bte Haji Adam
Pekerja Sektor Swasta

Kemudahan fizikal seperti ruang perkhidmatan kaunter yang luas dan indah, tidak akan mendatangkan kesan yang diharapkan sekiranya ia tidak disusuli dengan sikap peramah para pegawai dan kakitangan di agensi berkenaan.

Mutu perkhidmatan dan layanan harus diberi dengan sebaik mungkin bagi memberi gambaran yang baik.

Sekiranya ia memberikan gambaran negatif, ini bererti keseluruhan agensi kerajaan berkenaan akan turut menerima kesan buruk yang pastinya menjejaskan keyakinan dan kredibiliti agensi kerajaan tersebut di mata pelanggan.


Current Issue | Archives: 2005: May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | November 2004 | October 2004 | September 2004 | August 2004 | July 2004 | June 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998