Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Kementerian Pendidikan Sediakan Hotline Buku Teks
Buku-buku teks mengikut kurikulum lama kurang sesuai dengan sistem pendidikan hari ini

Kementerian Pendidikan telah menyediakan talian Hotline di bahagian Buku Teks bagi mengatasi masalah pembelian dan pembekalan buku teks melalui talian 03-20987507 dan 03-20987493.

Selain itu, pihak yang terlibat juga boleh menghubungi semua pengarah pendidikan negeri selain menghantar emel kepada bbt@bbt.moe.gov.my, jelas kementerian itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Orang ramai serta ibubapa juga boleh mendapatkan maklumat penuh mengenai buku teks baru dari sekolah anak masing-masing.

Buku teks baru yang diperlukan bagi Tahun Satu - Bahasa Melayu, English, Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Tamil Komunikasi, Science (BI), Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Bagi Tahun Dua, buku teks baru yang diperlukan ialah Bahasa Melayu, English, Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Tamil Komunikasi, Pendidikan Islam, Science (BI), Mathematics (BI), Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Matematik (dalam Bahasa Cina) dan Sains (dalam Bahasa Cina).

Pihak yang terlibat juga boleh mendapatkan maklumat dengan menghantar e-mel

Bagi Tahun Empat, buku teks baru yang diperlukan ialah Pendidikan Islam manakala Buku Amali Sains adalah untuk semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Jenis Cina dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil. Bagi Tahun Enam, buku teks baru Bahasa Arab diperlukan.

Bagi Sekolah Menengah, buku teks baru diperlukan untuk Tingkatan Satu - Practical Science, Kemahiran Hidup Bersepadu dan Bahasa Iban, manakala untuk Tingkatan Dua - Bahasa Melayu, English, Geografi, Sejarah, Pendidikan Islam, Science (BI), Mathematics (BI), Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Untuk Tingkatan Tiga, buku teks baru diperlukan ialah Sains dan Matematik, manakala untuk Tingkatan Empat - Buku Amali Sains, Buku Amali Fizik, Buku Amali Kimia dan Buku Amali Biologi.

Untuk mata pelajaran vokasional, buku teks baru yang diperlukan - Pendawaian Domestik, Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara, Menservis Automobil, Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut, Hiasan Dalaman, Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Untuk Tingkatan Lima, buku teks baru - Buku Amali Sains, Buku Amali Fizik, Buku Amali Kimia, Buku Amali Biologi, Bahasa Melayu, English, Geografi, Sejarah, Pendidikan Islam, Sains Pertanian, Perdagangan, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas dan Ekonomi Rumah Tangga.

Buku teks baru yang lain ialah Bahasa Arab Komunikasi, Lukisan Kejuruteraan, Bahasa Arab Tinggi, Tasawwur Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Teknologi Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Menurut Kementerian Pendidikan, buku-buku teks baru kegunaan tahun depan sudah mula dibekalkan di pasaran terbuka serta ke sekolah-sekolah, termasuk di Sabah dan Sarawak sebelum sesi persekolah bermula 4 Januari 2004.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998