Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Bahagian Samarahan Meraih Kecemerlangan
Samarahan diberi penghormatan apabila Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid peringkat Negeri diadakan pada bulan Julai 2003

Bagi tahun 2003 pelaksanaan projek pembangunan dan pengurusan pentadbiran aktiviti-aktiviti rasmi Negeri yang berpusat di Bahagian Samarahan telah dikendalikan oleh Pejabat Residen dengan jayanya hasil daripada sokongan padu dan kerjasama daripada semua jabatan/agensi dan masyarakat setempat di Bahagian Samarahan.

Prestasi Pelaksanaan Projek Pembangunan

Projek RMK8

Prestasi pelaksanaan projek pembangunan RMK8 bagi tahun 2003, sejumlah 257 projek telah dilaksanakan yang melibatkan peruntukan berjumlah RM281,564,065.58

Projek Kecil Luar Bandar

Sejumlah RM11.5 juta telah diperuntukan oleh beberapa agensi Negeri dan Persekutuan untuk membiayai sejumlah 484 pelbagai projek kecil yang dilaksanakan melalui pentadbiran dan pengurusan Pejabat Daerah (Samarahan, Serian, Simunjan dan Asajaya) di Bahagian Samarahan. Projek-projek tersebut adalah seperti Projek Jalan Kampung (PJK),Projek Ameniti Sosial, Projek Kecil Persekutuan, Projek Kecil Luar Bandar (Peruntukan Negeri) dan Projek Pembinaan Semula/ Pembaikan Masjid/Surau dan Sekolah Agama.

Pengurusan Acara

Di sepanjang tahun 2003 beberapa majlis utama yang melibatkan perasmian bangunan dan pecah tanah sebagai mercu tanda pembangunan fizikal dan sosial telah disempurnakan oleh YAB Pehin Sri Ketua Menteri Sarawak. Acara/Majlis tersebut adalah seperti berikut:-

• Perasmian Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan (ILPKS). Pada 11 Januari 2003, bertepatan dengan misi Bahagian Samarahan sebagai pusat kecemerlangan ilmu sebuah pusat institusi latihan yang berasaskan kemahiran teknikal telah dirasmi pembukaannya oleh YAB Pehin Sri Ketua Menteri Sarawak.

• Majlis Pecah Tanah Pusat Perubatan Antarabangsa Sarawak (Sarawak International Medical Centre – SIMC) telah diadakan pada 31 Julai 2003 oleh YAB
Pehin Sri Ketua Menteri Sarawak. Dengan adanya penubuhan pusat pakar perubatan itu nanti ianya dapat menjadi satu lagi mercu tanda pembangunan sistem perubatan yang serba canggih khasnya bagi penduduk di Bahagian Samarahan dan amnya bagi Negeri Sarawak dan Asia Tenggara.

• Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid peringkat Negeri Sarawak. Pada 10 hingga 13 Julai 2003, satu lagi detik bersejarah yang menjadi kebanggaan penduduk Bahagian Samarahan iaitu Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid peringkat Negeri Sarawak telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Pehin Sri Ketua Menteri. Seramai 5 orang Qari, 6 orang Qariah serta 8 peserta kanak-kanak telah menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran manakala sebanyak 10 buah kumpulan telah menyertai Pertandingan Nasyid.

• Regatta Samarahan 2003. Pada 26 hingga 27 Julai 2003, bersempena dengan ‘Tahun Pelancongan Sarawak 2003’ dan Sambutan Jubli Delima ke 40 tahun Sarawak Merdeka 2003, Regatta Samarahan 2003 telah diadakan di Sg. Tambirat, Asajaya. Regatta tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

• Pesta Sukan Yayasan Negeri SeMalaysia (PESAYA) Ke-7. Pada 6 hingga 12 September 2003, Kota Samarahan telah diadakan dengan jayanya di Maktab Perguruan Tun Abdul Razak. Karnival sukan ini telah diurus bersama oleh Yayasan Sarawak dengan Pejabat Residen Samarahan. Matlamatnya ialah untuk memupuk silaturrahim di antara semua peserta yang terdiri daripada wargakerjaYayasan Negeri di seluruh Malaysia.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998