Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Program Khidmat Sosial Negara (PKSN),

Usaha JBS .... Tingkatkan Pembangunan Diri Golongan Remaja

Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Sarikei akan mengadakan dua pakej bagi Program Khidmat Sosial Negara (PKSN) yang memakan masa selama 15 hari iaitu pakej 1 bermula pada 14 hingga 28 Januari 2003 manakala pakej 2 dari 15 Februari hingga 2 Mac 2003. Sasaran pada tahun ini ialah seramai 100 orang pelajar iaitu 50 orang bagi setiap pakej.
Golongan belia merupakan tonggak utama kekuatan negara. Masa depan terletak di tangan mereka

Menurut Penolong Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Sarikei (JBS) En. Lanting Mala, program PKSN ini dijalankan selama 15 hari yang mengandungi 15 modul iaitu taklimat dan aktiviti rentas, suaikenal, pembinaan kum-pulan, konsep dan pemikiran kreatif, analisa diri, komunikasi, keluarga angkat, ",aku, keluarga dan masyarakat" , "remaja dan masyarakat", gejala sosial, sukan dan budaya, patriotisme, lawatan sambil belajar ke agensi kerajaan, perkhemahan dan kembara.

Program ini terbuka untuk pelajar daripada semua kaum. Menurut En. Lanting, JBS Sarikei menerima permohonan daripada kawasan Sarikei, Belawai, Daro, Matu, Rejang, Bintangor, Maradong dan Julau. Pelajar yang mengikuti program ini juga tidak perlu risau dengan bayaran, malah JBS akan menyediakan peralatan serta kemudahan yang diperlukan dalam program ini.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang PKSN, mereka boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan, Sarikei, di talian 084-651116 atau menghubungi JBS yang terdekat. Mereka juga boleh datang sendiri ke cawangan JBS. Selain itu, pihak JBS juga ada menghantar borang ke sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ketua masyarakat dan sebagainya.

Menyedari betapa pentingnya golongan remaja terutama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Sekolah (SPM) diterapkan dengan peribadi remaja yang mulia serta semangat juang yang tinggi, menanam sifat murni dalam diri mereka, mendedahkan pelajar kepada keadaan dunia sebenar maka bertepatanlah usaha yang dijalankan oleh JBS ini.

Program ini me-libatkan pelbagai pihak termasuklah penceramah jemputan dari agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Pemban-gunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) dan beberapa agensi kerajaan lain.

PKSN telah diperkenalkan sejak tahun 1998 seluruh negara. Pada tahun ini, sasaran seramai 20,000 pelajar akan mengikuti PKSN ini seluruh Malaysia. Terdapat 10 pusat mengendalikan PKSN di Sarawak yang terdiri daripada sembilan JBS Bahagian dan satu Ibupejabat. Pada tahun lepas, seramai 20,000 pelajar seluruh Malaysia telah mengikuti PKSN.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998