Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan
Mengorak Langkah ke Arah Sumber Manusia yang Mahir dan Terlatih

Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan (ILPKS) telah ditubuhkan oleh Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) di bawah Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1999.
YAB Datuk Patinggi Ketua Menteri membuka tabir perasmian ILPKS sambil diperhatikan oleh Encik Kamarulzaman bin Chu Abdul Rani selaku Pengarah Insitut
Ia bertujuan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir negara Malaysia dengan menyediakan pelbagai latihan vokasional di peringkat pertengahan dengan pengkhususan dalam bidang-bidang yang berteknologi tinggi dan sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi di sektor pembuatan.

Institut Latihan Perindustrian ini di bina bersesuaian dengan matlamat negara iaitu untuk merangsang pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan dan kemahiran berlandaskan sains dan teknologi.
ILPKS telah dirasmikan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 11 Januari 2003. Serentak dengan itu beliau juga telah melancarkan program E-training mengenai program pembelajaran di ILPKS ini.

Majlis persamian ini juga adalah persamian serentak dengan 4 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan 4 buah Institusi Latihan Perindustrian yang lain di seluruh Malaysia.

ILPKS adalah institut yang ke-19 daripada 20 buah institut latihan di bawah JTR di Malaysia.

ILPKS telah mula beroperasi pada Februari 2001 yang merangkumi kawasan seluas 40.7 ekar. Pembinaan ILPKS bermula pada tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada 2001.

ILPKS berupaya menampung seramai 720 orang pelatih dalam satu tahun pengajian dan menawarkan sembilan (9) kursus yang amat bersesuaian dengan perkembangan teknologi negara masa kini iaitu kursus penjaga jentera elektrik; juru elektrik; elektro-mekanikal; kimpalan arka dan gas; pemasangan paip gas fabrikasi logam; pemesinan CNC (Computer Numerical Control); pembuat alatan dan pemotongan serta kursus IT (Teknologi Maklumat).

Institut ini juga akan menawarkan kursus baru iaitu kursus Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimpalan suatu masa nanti.

Tempoh pengajian pula adalah di antara 6 bulan hingga 18 bulan.

ILPKS menawarkan kaedah pembelajaran secara teori (30%) dan amali (70%).

Selain itu ILPKS juga menghantar pelatihnya untuk mengikuti 'On-The-Job Training' selama 3 hingga 6 bulan di industri-industri yang berkaitan.

ILPKS menawarkan kursus tersebut kepada pelajar lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Sistem pembelajaran di ILPKS ini menekankan pemahaman pelatih terhadap kerja yang mereka lakukan.
YAB Ketua Menteri memerhati seorang pelatih ILPKS yang sedang menunjukkan kemahiran pertukangan besi sambil diberi penerangan oleh seorang kakitangan ILPKS

Pelatih di ILPKS ini akan dilatih seperti suasana kerja di industri untuk memberi pendedahan sebenar kepada sistem kerja di sektor perindustrian.

Pelatih lepasan ILPKS juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat diploma dan seterusnya peringkat ijazah iaitu bersamaan dengan pencapaian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 5 di institusi tempatan mahupun luar negara.

Pihak ILPKS bertekad untuk melatih pelatih-pelatih ILPKS bagi menghasilkan tenaga kerja manusia yang produktif dan berinovatif, berdaya saing dan berketerampilan dalam pelbagai bidang kemahiran yang menjurus ke arah pembangunan negara.

Selain itu untuk mewujudkan lebih banyak peluang program latihan kursus yang selari dengan perkembangan negara masa kini.


 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998