Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Jabatan Pendaftaran Negara

Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak (JPN) adalah sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri.
Pengarah JPN Sarawak, En. Mustapha bin Mohamed

Beribu pejabat di Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang Kuching, jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah dengan dibantu oleh 279 orang pegawai dan kakitangan pelbagai kategori di seluruh Negeri Sarawak.

Pengarah JPN Sarawak ialah Encik Mustapha bin Mohamed.

Objektif

Di antara objektif utama JPN ialah bertujuan mewujud dan menyelengarakan rekod-rekod mengenai :

- kelahiran
- kematian
- anak angkat
- perkahwinan
- kewarganegaraan dan
- kad pengenalan
bagi semua penduduk di seluruh negeri.
Perkhidmatan kaunter JPN yang kini menggunakan ICT sepenuhnya telah mempercepatkan pemprosesan membuat kad pengenalan dan lain-lain urusan

Fungsi -fungsi

Fungsi -fungsi penting Jabatan termasuklah:-

i. Mengumpul, menyatu-padu dan mendaftarkan maklumat-maklumat penting perseorangan bagi seluruh penduduk Negeri Sarawak untuk memenuhi objektif-objektif sosio-ekonomi dan keperluan-keperluan keselamatan Negara.

ii. Mengeluarkan sijil-sijil pendaftaran penting perseorangan dalam bentuk cabutan, sijil kelahiran, kematian, anak angkat, kewarganegaraan, perkahwinan dan kad pengenalan kepada penduduk dengan cekap, pantas dan jitu.

iii. Memelihara dan menjaga dengan selamat rekod-rekod pendaftaran penting secara kekal dan dapat diabadikan

iv. Menguatkuasakan peruntukan-peruntukan undang-undang dan peraturan -peraturan yang berkaitan dengan pendaftaran peristiwa-peristiwa penting dan pengeluaran dokumen -dokumen supaya tidak berlaku pelanggaran atau penyelewengaan

Terdapat empat bahagian utama di Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sarawak. Bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut :-
Penukaran kad pengenalan bermutu tinggi kepada MyKad kini semakin mendapat sambutan dari masyarakat

a. Bahagian Pentadbiran dan Kewangan - Bahagian ini bertanggungjawab mengurus hal-hal pentadbiran, perkhidmatan, perjawatan, pembangunan, kewangan dan sebagainya.


b. Bahagian Kad Pengenalan - Bahagian ini berperanan dalam mendaftar dan mengeluarkan kad pengenalan kepada mereka yang diwajibkan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan tertentu.

c. Bahagian Pendaftaran Kelahiran/Kematian -

Bahagian ini dipertanggung-jawabkan untuk meyeleng-gara pendaftaran kelahiran dan kematian. Pendaftaran kelahiran dan kematian dibahagikan kepada Pendaftaran Biasa, Pendaftaran Lambat dan Pendaftaran Lewat. Perihal anak angkat juga dirujuk kepada bahagian ini.

d. Bahagian Perkahwinan dan Perceraian - Bahagian ini berperanan untuk memu-dahkan mereka yang hendak berkahwin mendaftar perkahwinan mereka mengikut Ordinan dan Akta yang diperuntukan. Walaupun pendaftaran perkahwinan tidak diwajib-kan, sijil-sijil yang dikeluar-kan dibawah Ordinan ini (Ordinan Pendaftaran Perkah-winan 1952) akan menjadi dokumen yang sah dari segi undang-undang yang akan digunakan untuk mana-mana urusan rasmi.

Piagam Pelanggan JPN :

Untuk Mempertingkatkan Kualiti Perkhidmatan Di Semua Bahagian JPN

Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
Maklumat yang telah diisi oleh pemohon dimasukkan ke dalam system computer di IbuPejabat JPN Sarawak bagi permohonan penduduk luar bandar untuk mendapatkan MyKad

Di antara piagam pelanggan yang utama ialah :-

- mengeluarkan Cabutan sijil Kelahiran/Kematian berkomputer dalam tempoh 1 hari pada hari yang sama dari tarikh permohonan cabutan dibuat di pejabat JPN yang mempunyai sistem SIREN dan tidak melebihi 3 bulan bagi cabutan yang dibuat di pejabat cawangan yang belum melaksanakan sistem SIREN

- Semua pemohonan pendaftaran anak angkat diselesaikan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan diterima

- Melayan dan memberi khidmat nasihat terbaik kepada semua pelanggan

Bahagian Kad Pengenalan

- Permohonan baru kad pengenalan yang teratur dan lengkap akan siap dalam 1 hingga 2 bulan

- Permohonan daftar lewat kad pengenalan akan disiapkan dalam tempoh 1 tahun dari tarikh permohonan diterima

- Memastikan penyerahan kad pengenalan siap diberi kepada pemilik sebenar atau ibu-bapa pemohon (bagi kanak-kanak 12 tahun)

Bahagian Perkahwinan dan Perceraian

- Keputusan pemohon lesen khas diumumkan dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan diterima di kaunter

- Cabutan Daftar Perkahwinan melalui Sistem berkomputer dikeluarkan dalam tempoh 1 jam dari waktu permohonan diterima di kaunter.

Cawangan JPN di Sarawak

Terdapat 48 buah cawangan JPN di seluruh Bahagian, Daerah dan Daerah Kecil di Sarawak. Pada tahun 2003, JPN akan membuka tiga (3) cawangan baru iaitu di :

Bahagian Kuching
Petra Jaya
Batu Kawa

Bahagian Sibu

Selangau

Kecanggihan Teknologi MyKad

MyKad atau Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan (KPPK) ialah gabungan 'My' dan 'Kad'. 'My' bermaksud alamat internet bagi Malaysia dan juga milik peribadi dalam bahasa Inggeris. 'Kad' adalah singkatan kepada 'Kad Akaun Diri' selain itu ia juga bermaksud sekeping kad.

MyKad mengekalkan semua maklumat kad pengenalan yang terdapat pada Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) seperti nombor kad pengenalan, nama, alamat, gambar, bangsa, taraf kewarganegaraan dan agama. Corak dan reka bentuk MyKad mengekalkan banyak ciri yang terdapat pada KPT.

Rekabentuk logo MyKad yang moden dan ringkas menggambarkan MyKad yang berteknologi tinggi dan mudah digunakan. Penggunaan 'Jalur Gemilang' mengambarkan MyKad sebagai satu pencapaian kebangsaan dan kebanggaan negara. Tiga garisan berbentuk tanda betul melambangkan pengiktirafan Kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap MyKad. Lapisan warna yang bergabung melambangkan MyKad mempunyai pelbagai aplikasi.

Reka bentuk dan ciri keselamatan tambahan dimasukkan ke dalam MyKad untuk menjadikannya lebih peribadi, menarik dan tahan lasak. Ciri keselamatan MyKad meng-gabungkan teknologi cip dan biometrik yang terkini. Ciri keselamatan ini akan memastikan data yang disimpan dalam cip adalah selamat dan dapat membendung sebarang usaha pemalsuan.
Antara Maklumat Yang Terkandung Dalam Cip

Reka bentuk fizikal kad ini juga mengambil kira keperluan keselamatan dan menggabungkan teknologi perincian serta holografik. Selain digunakan sebagai pengenalan diri, MyKad juga boleh digunakan sebagai lesen memandu, pasport, kad kesihatan (perubatan), e-Tunai dan prasarana kepada kekunci awam.

MyKad menyimpan imbasan cap jari di dalam cip menggunakan teknologi biometrik untuk tujuan keselamatan. Ini membolehkan pengesahan cap jari dilakukan secara terperinci dan tepat menggunakan alat pembaca yang sah. Dengan ini, imej cap jari tidak lagi dipamerkan di belakang kad. Namun jata kerajaan, tandatangan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan rujukan dokumen ada di bahagian belakang kad.

Pemegang MyKad yang mempunyai lesen memandu akan mengandungi perkataan 'Lesen Memandu Malaysia' di belakang kad dan di dalam cip.

Pembaharuan lesen memandu dalam MyKad boleh dibuat di mana-mana Pusat Perkhidmatan Kerajaan (GSC). Maklumat lesen dalam cip seperti tarikh luput, jenis lesen dan kategori pemilik dapat dibaca menggunakan alat pembaca kad yang dibenarkan seperti Pembaca Kad Mudah Alih dan Pembaca Kad Mini.

Maklumat Pasport Cip Antarabangsa juga boleh dimasukkan ke dalam MyKad di mana-mana GSC. Ini amat mudah, apa yang perlu, masukkan MyKad ke dalam slot pembaca kad di mesin Autogate, berikan imbasan cap jari dan seterusnya anda boleh meneruskan perjalanan tanpa perlu beratur untuk pemeriksaan imigresen secara manual.

Pada masa akan datang selaras dengan aplikasi Telekesihatan MSC, maklumat kesihatan pemegang akan akan dimasukkan ke dalam MyKad. Apabila anda ditimpa kecelakaan atau sebarang keadaan kecemasan, maklumat kesihatan di dalam MyKad akan dapat membantu pihak doktor dan paramedik sewaktu memberikan bantuan perubatan yang tepat, cepat dan efektif.

Bukan setakat itu sahaja, penggunaan MyKad juga tidak terhad kepada alam nyata, malah pemegang MyKad dengan Prasarana Kekunci Awam (PKI) dapat menjalankan pengesahan diri menerusi persekitaran digital seperti internet dan alam maya. Dengan itu MyKad dengan PKI menawarkan peluang kepada pemegang untuk berinteraksi secara elektronik dengan cara yang lebih selamat dan cekap.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998