Know Your Sub-District
Daerah Kecil Lingga
Pemandangan sekitar bangunan Pejabat Daerah Kecil Lingga
 |
Daerah Kecil Lingga yang terletak di Bahagian Sri Aman, mempunyai keluasan 365 batu persegi dan boleh dihubungi melalui jalan darat.
Dalam daerah kecil ini terdapat sebuah pekan kecil yang sentiasa menjadi tumpuan penduduk sekitarnya iaitu Pekan Lingga yang terletak sejauh 50 kilometer dari bandar Sri Aman bersamaan selama kira-kira 50 minit perjalanan menggunakan jalan raya.
Selain itu, kawasan ini juga boleh dihubungi melalui jalan air dengan menggunakan bot iaitu dari Lingga ke Ulu/Banting dan Engkeranji.
Pekan Lingga yang terletak di pinggir Batang Lupar merupakan sebuah pekan nelayan yang terkenal dengan spesis ikan bermutu tinggi yang sering menjadi sebutan orang luar iaitu Terubok Lingga. Di sini, ikan terubok dijual dengan harga di antara RM18 hingga RM24 sekilogram.
Menurut Pegawai Tadbir Sarawak bagi Daerah Kecil Lingga iaitu En. Suhandi Bin Tugiman, dahulunya penduduk Lingga terkenal dengan taat setianya semasa pemerintahan Raja Brooke seperti Abang Husin b. Abang Hassan sehingga diberi gelaran Lela Pahlawan. Gelaran itu kekal sehingga sebuah sekolah rendah di Lingga dinamakan sempena nama Lela Pahlawan.
Aktiviti Ekonomi
Tiang bendera kayu berlian (tengah) yang mempunyai sejarah tersendiri
 |
Majoriti penduduk di Daerah Kecil Lingga mengamalkan kegiatan pertanian sebagai sumber pendapatan utama mereka. Seramai 53% daripada mereka menanam padi, 37% menanam dan menjual lada, 10% menangkap ikan dan ada juga segelintir kecil yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan, menjadi peniaga runcit, menjual getah, damar, rotan dan sebagainya untuk pendapatan tambahan.
Kemudahan asas
Bekalan elektrik juga telah diwujudkan di daerah kecil ini yang mana sehingga hari ini kira-kira 312 buah rumah termasuk rumah panjang telah menikmati bekalan elektrik, sementara yang lain masih menggunakan set generator.
Sebanyak 300 buah rumah dan rumah panjang juga telah disediakan dengan bekalan air paip yang telah dirawat bagi kemudahan penduduk.
Seperti juga kawasan yang lain, infrastruktur telekomunikasi turut disediakan di sini yang mana setakat ini telah memberi kemudahan kepada 169 pemilik persendirian dan agensi kerajaan.
Tarikan Untuk Pengunjung
Daerah Kecil Lingga terkenal dengan mitos Gunung Lesong di Ulu Lingga yang mempunyai ketinggian kira-kira 3,000 kaki. Salah satu daripadanya ialah kepercayaan penduduk bahawa jika seseorang berdoa di puncaknya, doanya akan menjadi realiti. Misalnya, sembuh daripada penyakit.
Penduduk sekitar juga mempercayai bahawa Gunung Lesong mempunyai penjaga sehingga ke hari ini.
Di Pekan Lingga, pengunjung juga boleh memerhatikan keunikan sebuah tiang bendera yang diperbuat daripada kayu belian setinggi 100 kaki. Tiang ini telah dihasilkan oleh penduduk tempatan semasa pemerintahan Raja Brooke.
Statistik Daerah Kecil Lingga
Keluasan 365 batu persegi
Bilangan Penduduk 4,580 orang
Komposisi Penduduk Iban (60%), Melayu (30%), Cina (7%), lain-lain (3%)
Bilangan Kampung 3 kampung Melayu (300 buah rumah) dan 39 rumah
panjang (644 pintu)
Aktiviti ekonomi 53% menanam padi, 37% menanam dan menjual
lada, 10% menangkap ikan
Kemudahan asas Elektrik (312 rumah dan rumah panjang), air paip (300
rumah dan rumah panjang) telefon (169 pemilik
persendirian dan agensi kerajaan) dan 5 buah sekolah
rendah
Agensi Kerajaan Klinik Kesihatan, Balai Polis, POS Malaysia, Jabatan
Pendaftaran Negara, Jabatan Pertanian, Jabatan Hutan
dan Majlis Tempatan
Pengangkutan Utama Jalan darat (bas, van dan kereta) dan sungai (bot)
ADUN/Ahli Parlimen N.20 Sebuyau YB Julaihi B Hj Narawi/ P.175 Tuan Hj
Wan Junaidi B Tuanku Jaafar
Senarai Pegawai Yang Pernah Bertugas di Pejabat Daerah Kecil Lingga
1. Abang Andeng b. Abang Abduurahman
1901-1915
2. Abang Madaud b. Abang Andeng
1915-1928
3. Pengiran Aziz 1929-1931
4. Abang Seddek 1931-1933
5. Abang Mohd. Taha b. Datuk Muhiddin
1933-1936
6. Wan Mahdar 1936-1938
7. Abang Hj. Morni b. Abang Latip 1938-1940
8. Abang Sulaiman b. Datuk Muhiddin
1940-1941
9. Abang Kiprawi b. Abang Latip 1941
10. Abang Ali
1941-1948
11. Abang Senyum
1949-1950
12. Abang Ibrahim b. Abang Ali 1950
13. Haji Abang Hussaini b. Abdul Rashid
1951
14. Abang Suhaimie
1952
15. Jeveny Sangkan
1953
16. Peter Tinggom ak. Kemarau (Dato Seri)
1954
17. Abang Hashim b. Datuk Abang Yan
1955
18. Charles P. Majeng
1956
19. Jemuri Sarjan (Tan Sri Datuk) 1957
20. William G. Linang
1958
21. Mohd. Fauzi Hamid (Datuk) 1959-1960
22. Abang Bohari b. Datuk Abang Yan
1961-1962
23. Ignatius L. Angking 1962-1963
24. Morshidi b. Hj. Sahrin 1963-1964
25. Dolhan b. Yunus 1964-1965
26. Abdul Rahman b. Hamzah 1965-1966
27. Liman Numpang 1966-1968
28. Michael Napil Jawip 1968-1970
29. Abdul Rashid bin Aziz (Datu) 1971-1972
30. Winston Bale Utut 1973-1975
31. Frankie Anam Baie 1975-1978
32. Francis Nyurang Ding 1978-1981
33. Habari bin Bakar 1981-1984
34. Ho Thian Huat 1985
35. Linang Merjun 1986-1988
36. Abang Othman bin Abang Fata 1988-1992
37. Douglas Lon Kamundang 1992-1996
38. Suhandi Bin Tugiman 1996- sekarang
|