Rangkaian Khidmat Awan Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Menangani Cabaran dan Memenuhi Keperluan serta Kehendak Pelanggan

Ektrak Ucapan Perdana YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz Haji Husain Pada 31 Januari 2002 di Pustaka Negeri Sarawak

Pentadbiran awam merupakan agenda penting yang tidak dapat dielakkan oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokarsi. Di antara isu-isu yang seringkali diutamakan dalam bidang pentadbiran awam ialah cabaran untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan dan kecekapan jentera pentadbiran di semua peringkat iaitu peringkat Pusat, Negeri, Bahagian dan Daerah. Ini kerana keperluan dan kehendak orang awam sentiasa meningkat dan sudah pastinya merupakan satu cabaran yang amat besar untuk dipenuhi. Tambahan pula, expectation daripada orang awam juga tinggi dan jika gagal ditangani dengan baik, maka sudah pastilah kakitangan awam akan berdepan dengan bermacam-macam rungutan daripada mereka.

Cabaran

Menjelang tahun 2002 dan masa hadapan, cabaran-cabaran dalam perkhidmatan awam akan lebih hebat lagi sejajar dengan perkembangan dunia IT, kerajaan elektronik dan kepentingan mewujudkan knowledge workers yang mesti dikuasai supaya lebih kompetitif di pentas antarabangsa.

Adakah kakitangan awam mampu untuk menghadapi cabaran ini? Senario yang disebut tadi, menuntut supaya diadakan beberapa perubahan misalnya ke atas cara kita bekerja serta proses atau tatacara yang diamalkan sebelum ini, selaras dengan perkembangan yang begitu pantas berlaku di sekeliling kita. Sebagai kakitangan awam, kita harus menerima perubahan-perubahan ini dengan penuh keterbukaan (openness) dan mengikis sikap yang sentiasa berpuas hati dengan pencapaian sekarang. Dengan kata lain, kita harus melupakan cara dan sistem lama yang diamalkan sekiranya ia tidak mampu untuk menangani cabaran-cabaran yang bakal kita hadapi.

Oleh itu, sebagai kakitangan perkhidmatan awam kita perlulah bergerak lebih maju ke hadapan serta bertindak secara proaktif supaya kita dapat melengkapkan diri kita selaras dengan perubahan yang berlaku. Usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan hendaklah terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Disentralisasi Dalam Pentadbiran

Tempo pembangunan di negeri ini ditambah pula oleh saingan yang hebat, memerlukan supaya usaha-usaha untuk mendisentralisasikan pentadbiran dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh kerana itu, tahun 2002 menyaksikan dua (2) buah Bahagian baru diwujudkan iaitu Bahagian Mukah dan Bahagian Betong. Ianya bertujuan untuk membawa lebih banyak pembangunan di Lembah Rejang (Mukah) dan Hilir Saribas (Betong). Dua (2) buah Pusat Pertumbuhan Desa (RgC) di Semop dan Nanga Spak yang sedang dilaksanakan akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di kedua-dua bahagian baru ini.

Dalam hal ini, Committee On Realignment of Administrative Boundary (CRAB) di bawah Unit Pentadbiran Awam, Jabatan Ketua Menteri akan sentiasa mengkaji keperluan mewujudkan kawasan baru atau menaik taraf dari semasa ke semasa.

Jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan adalah digesa supaya memainkan peranan dan mengembeling tenaga bersama-sama dengan agensi-agensi lain dalam menyelaras dan menyediakan keperluan sebuah kawasan

Menangani Cabaran dan Memenuhi Keperluan serta Kehendak Pelanggan

pentadbiran supaya ia dapat berfungsi dengan baik selepas ia dilancarkan secara rasmi nanti. Dalam tempoh peralihan memang diakui bahawa tidak semua keperluan dapat dipenuhi dan keadaan seperti ini akan menimbulkan kerumitan kepada pusat pentadbiran baru. Namun kita percaya bahawa segala kerumitan yang dihadapi akan dapat diselesaikan secara berperingkat-peringkat.

Ruang Pejabat dan Kemudahan

YBhg. Datu Wilson menurunkan tandatangannya pada Surat Aku Janji
Sesuai dengan perancangan Kerajaan Negeri untuk melakukan persempadanan semula ke atas Bahagian-Bahagian tertentu di Sarawak, ianya bukan hanya melibatkan perubahan pemetaan Negeri Sarawak, tetapi juga melibatkan penambahan pusat-pusat pentadbiran yang baru.

Ekoran dari kewujudan kedua-dua pusat pentadbiran yang baru ini, maka berbagai perancangan sokongan perlu dilaksanakan. Antara perancangan tersebut adalah penyediaan kemudahan ruang pejabat dan tempat tinggal kakitangan (Quarters).

Di dalam usaha pihak Kerajaan untuk memberi yang terbaik kepada rakyat, sektor perkhidmatan awam negeri sentiasa berusaha bukan hanya supaya para kakitangan awam mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan tetapi juga memiliki persekitaran kerja yang selesa dan telus.

Untuk mampu berbuat demikian konsep pengurusan baru telah mula diperkenalkan dan digunapakai. Kemudahan ruang pejabat yang disediakan tidak lagi berkonsep privacy tetapi Open System di mana antara pihak atasan dan kakitangan sokongan saling nampak dan mengetahui apa yang dilakukan di pejabat. Diharapkan melalui kaedah ini, bukan hanya akan meningkat rasa tanggungjawab terhadap tugas masing-masing tetapi juga mampu untuk memberi perkhidmatan yang telus.

Untuk kesejahteraan kakitangan awam serta keluarga mereka, pihak kerajaan juga sentiasa berusaha untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kuarters kerajaan sesuai dengan kelayakan dan kemudahan kakitangan yang memohon.

Teams comprising of those responsible to start and complete a particular project or process should be given the task and responsibility of completing the process or project. In the traditional method, a semi complete process will move from section to section or unit to units and in a lot of cases can be stuck. Projects can get delayed. Having committees which meet from time to time can solve some of this problems but they are more like fire fighting and not really looking at long term solutions to project management or process improvement.
Walau bagaimanapun, sukacita saya menekankan di sini bahawa kemudahan kuarters bukanlah sesuatu yang dijadikan kemudahan wajib kepada anggota kerajaan kerana kita menggalakkan anggota kerajaan untuk tidak terlalu selesa dan bergantung kepada kemudahan kuarters kerajaan sehingga terlupa untuk memiliki rumah sendiri.

Pihak kakitangan awam juga perlu bersikap jujur dalam mengguna kemudahan kuarters ini. Kita tidak mahu kemudahan ini disalahgunakan untuk kepentingan peribadi seperti masih tinggal di kuarters walaupun telah membeli rumah dan menyewakan rumah sendiri tersebut kepada orang lain. Keadaan seperti ini telah menafikan hak orang lain yang lebih memerlukan.

Kerajaan menyedari akan peruntukan yang tinggi untuk mendapat kemudahan kuarters. Satu kajian semula mungkin perlu untuk merancang sama ada konsep rumah boleh ditukarkan kepada pangsapuri. Melalui cara ini, lebih banyak kemudahan tempat kediaman akan dapat disediakan tanpa melibatkan keluasan tanah yang besar.

Pelaksanaan Dasar Kerajaan

Adakah perkhidmatan awam didapati efektif dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan? Pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan tidak seharusnya dipertanggungjawabkan semata-mata kepada Jabatan/Agensi Kerajaan. Dalam hal ini, jaringan (networking) dengan NGO adalah penting untuk membantu Kerajaan dalam menyebar dan melaksanakan dasar. Selain dari itu, sokongan dan kerjasama daripada pihak swasta haruslah dipergiatkan. Contohnya, dalam soal buruh asing, pihak majikan hendaklah tidak mengambil pendatang tanpa izin (PTI) bekerja di ladang, mahu pun di kilang. Rusuhan-rusuhan yang melibatkan pekerja-pekerja asing baru-baru ini haruslah dijadikan tauladan kerana ia berpotensi mengancam keselamatan negara serta menjejaskan hubungan diplomatik.

Keselamatan

Kita telah pun selesai mengadakan pilihanraya umum negeri dengan jayanya dan keputusan menunjukkan bahawa rakyat masih mahu kestabilan politik yang dibawa oleh Kerajaan BN. Namun demikan, sebagai pegawai Kerajaan kita tidak harus meletakkan tanggungjawab mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam kepada agensi-agensi terbabit sahaja.

Sebaliknya kita hendaklah mencari jalan bagaimana dapat mengeratkan lagi hubungan siratulrahim antara kaum supaya negeri tercinta itu akan terus stabil, aman dan sejahtera sepanjang masa.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa keselamatan sama ada di daratan, lautan mahu pun di udara adalah satu keutamaan yang mengatasi kepentingan-kepentingan lain. Segala kekayaan yang dikecapi selama ini akan musnah dan agenda pembangunan akan tergendala sekiranya negeri kita ini tidak selamat untuk didiami dan rakyat pula sering bertelingkah di antara satu sama lain. Para pelabur asing sudah pasti memilih untuk tidak mahu terus melabur di negeri kita. Begitu jugalah keadaannya dengan pelancong-pelancong dari luar.

Oleh itu, keselamatan dan keamanan yang telah kita kecapi selama ini mestilah dipelihara dan dikekalkan. Segala bentuk ancaman yang datang dari dalam atau luar hendaklah ditangani sewajarnya.

Ini merupakan salah satu lagi cabaran yang amat besar kepada kakitangan awam yang memerlukan penglibatan daripada semua pihak dan tidak terhad kepada agensi-agensi penguatkuasaan sahaja.

Oleh itu, penglibatan masyarakat adalah penting untuk mengekalkan hubungan baik antara kaum dan seterusnya menangkis sebarang anasir yang boleh menggugat ketenteraman negeri ini khasnya dan negara amnya.

Usaha untuk meningkatkan semangat kesukarelawan dan kakitangan awam juga perlu dilakukan supaya mereka sama-sama berganding bahu dalam mempastikan negeri ini terus berkembang maju di masa hadapan.

Pengurusan Kewangan

Di dalam pengurusan kewangan sama ada untuk tujuan pengurusan ataupun pembangunan adalah diingatkan supaya ianya diurus dengan efisien dan efektif. Ini penting supaya wang awam yang diperuntukan tersebut mencapai matlamatnya seperti apa yang dirancang.

Perbuatan yang membazir serta tidak ekonomikal perlulah dielakkan. Sila pastikan perbelanjaan yang terlibat tidak melebihi peruntukan yang telah diperuntukkan. Setiap perbelanjaan yang hendak dilaksanakan perlulah dirancang dan dipantau dengan baik serta mengikut arahan perbendaharaan dan prosedur kewangan yang telah ditetapkan.

Pembayaran ke atas bil-bil yang terlibat hendaklah disegerakan dan perlulah dibayar dalam masa dua minggu daripada tarikh bil diterima. Tindakan yang melengah-lengahkan pembayaran ke atas bil-bil yang terlibat bukan sahaja boleh menjejaskan aliran tunai pihak kontraktor atau pembekal yang terbabit malah boleh menjejaskan imej kerajaan sebagai tidak efisien.

Perancangan dan Pembangunan

Seterusnya saya ingin menyentuh perkara mengenai perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi Negeri Sarawak.

Antara lain perkara yang ingin saya tekankan adalah yang berkaitan dengan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian impak program dan projek pembangunan secara keseluruhannya.

Kejayaan sesuatu rancangan bukan hanya bergantung kepada kekuatan perancangan tetapi juga kepada kebolehan dan kecekapan di dalam melaksanakan rancangan tersebut.

Sesuatu rancangan yang disediakan dengan begitu rapi juga boleh gagal dan tidak mencapai matlamat sekiranya tidak dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Dalam hal ini, adalah amat penting untuk semua agensi kerajaan di pelbagai peringkat memastikan tidak berlakunya jurang antara perancangan dan pelaksanaan (planning and implementation gap) sesuatu projek.

Objektif Pembangunan

Secara umumnya, agensi kerajaan diberi tanggungjawab dan amanah untuk melaksanakan semua rancangan kerajaan yang telah diluluskan seperti Rancangan Malaysia Ke-Lapan (RMK8) dan lain-lain program pembangunan yang diluluskan dari semasa ke semasa.

Perbuatan yang membazir serta tidak ekonomikal perlulah dielakkan. Sila pastikan perbelanjaan yang terlibat tidak melebihi peruntukan yang telah diperuntukkan. Setiap perbelanjaan yang hendak dilaksanakan perlulah dirancang dan dipantau dengan baik serta mengikut arahan perbendaharaan dan prosedur kewangan yang telah ditetapkan.
Perkara ini amatlah penting untuk difahami dan dihayati oleh segenap lapisan pegawai dan kakitangan kerajaan di dalam usaha kerajaan untuk membawa lebih banyak pembangunan ke negeri ini.

Visi kerajaan negeri untuk menjadikan Negeri Sarawak sebuah negeri perindustrian yang maju menjelang tahun 2020 banyak bergantung kepada keupayaan dan kebolehan agensi kerajaan dalam melaksanakan segala program dan projek yang dirancangkan.

Memandang kepada kepentingan perkara ini, saya telah berulang-ulang kali menegaskan mengenai keperluan mencapai visi 100% pencapaian dalam pelaksanaan projek di bawah RMK8. Visi ini hendaklah menjadi teras dan ‘battle cry’ agensi pelaksana di dalam usaha kita melaksanakan semua perancangan di bawah RMK8.

Kejayaan visi ini sudah tentu memerlukan komitmen, sokongan dan kerjasama daripada semua pegawai dan kakitangan kerajaan yang mana hendaklah dimulakan oleh semua Setiausaha Tetap, Residen dan Ketua-Ketua Jabatan.

Sejajar dengan ini, saya mengesa semua Setiausaha Tetap, Residen dan Ketua-Ketua Jabatan supaya menterjemahkan visi ini secara berkesan di dalam semua pelan tindakan di agensi masing-masing.

Kita haruslah mengambil iktibar daripada pengalaman dan pencapaian kita di bawah Rancangan Malaysia Ke-Tujuh (RMK7) yang mana tidaklah begitu memuaskan.

Tambahan pula, didapati bahawa petunjuk-petunjuk awal di dalam pelaksanaan projek pada tahun pertama (2001) di bawah RMK8 masih kurang memuaskan. Sebagai contoh masih terdapat banyak agensi yang gagal membelanjakan peruntukan yang telah diluluskan pada tahun lepas. Kita perlu memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi pada tahun ini (2002).

Saya yakin perkhidmatan awam Negeri Sarawak mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk mencapai matlamat ini. Ini adalah berasaskan kejayaan kita dalam melaksanakan projek-projek khas kerja-kerja kecil di bawah pakej pre-emptive yang berjaya mencapai hampir 100% pelaksanaan fizikal dan kewangan walaupun berhadapan dengan pelbagai kekangan. Saya mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat khususnya di peringkat bahagian dan daerah di atas kejayaan ini.

Kejayaan ini amat menggalakkan dan saya yakin ianya juga boleh dicapai oleh Kementerian, Jabatan dan Agensi di dalam pelaksanaan projek-projek di bawah RMK8.

Justeru, sekali lagi saya ingin tegaskan supaya semua Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi dapat mengambil perhatian yang serius terhadap pencapaian agensi masing-masing.

Dalam hal ini langkah-langkah yang sewajarnya perlulah diambil segera untuk mengelakkan sebarang kelewat-an dalam pelaksanaan projek.

Mulai tahun ini, saya tidak lagi berminat untuk melihat mana-mana projek yang dikategorikan sebagai ‘Belum Mula’. Perlu diingatkan di sini bahawa ukuran kejayaan kita atau pun critical success factor akhirnya terletak kepada persepsi dan kepuasan pelanggan iaitu pemimpin kerajaan dan rakyat.

Seterusnya saya ingin menggariskan beberapa strategi dan pendekatan yang boleh kita laksanakan:

I. Kepimpinan Yang Berkesan

Ingin saya tegaskan bahawa kepimpinan memainkan peranan yang penting di dalam usaha untuk menjayakan pelaksanaan segala program dan projek yang telah dirancangkan.

Dalam hal ini, kepimpinan sesuatu organisasi kerajaan itu hendaklah sentiasa peka dan menitikberatkan tentang keperluan untuk terus meningkat dan membaiki lagi keberkesanan organisasi di dalam melaksanakan segala program dan projek yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Seperti mana yang kita sedia maklum, pelaksanaan sesuatu projek itu ada kalanya agak rumit dan berhadapan dengan pelbagai kekangan. Pendekatan hands-on haruslah diambil berat dan diamalkan oleh Ketua-Ketua Jabatan. Justeru, adalah digalakkan supaya Ketua-Ketua Jabatan sering membuat lawatan kerja dan tapak untuk memahami dengan lebih dekat lagi segala isu dan masalah yang dihadapi dan dengan demikian dapat membantu mereka membuat keputusan yang lebih cepat dan tepat.

II. Kerjasama Berpasukan

Pelaksanaan sesuatu program dan projek pembangunan biasanya melibatkan pelbagai agensi terutama sekali pada peringkat pra-pelaksanaan.

Penglibatan pelbagai agensi ini sudah tentulah memerlukan semangat kerjasama berpasukan yang mantap dan kerjasama yang sedemikian hendaklah dimulai dan diberi contoh dan tauladan oleh ketua-ketua Jabatan.

Bagi menggalakkan kerjasama berpasukan ini, pelbagai Pasukan Petugas dan Jawatankuasa telah ditubuhkan bagi tujuan menyelaras, mempercepat dan mencari penyelesaian terhadap segala isu dan masalah yang berbangkit dengan perancangan dan pelaksanaan sesuatu program dan projek. Oleh yang demikian, saya ingin mengingatkan semua Pasukan Petugas dan Jawatankuasa yang berkenaan supaya lebih aktif dan kerap mengadakan mesyuarat masing-masing.

III. Sasaran Kerja

Untuk mencapai visi 100% pelaksanaan, agensi kerajaan perlulah membuat perancangan sasaran kerja yang terperinci dan jelas seperti sasaran bulanan, suku tahun, setengah tahun dan tahunan.

Sasaran kerja ini hendaklah disebar dan difahami oleh semua peringkat pegawai dan kakitangan. Hanya dengan adanya sasaran kerja ini, barulah sesuatu organisasi itu dapat mengetahui sama ada mereka menepati matlamat dan berada di landasan yang ditetapkan.

Sehubungan dengan ini, saya telah pun memberi arahan supaya Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai yang terlibat mengambil kira sasaran kerja organisasi termasuk pelaksanaan dan pemantauan projek.

Dengan berbuat demikian adalah diharapkan agar merancang dan melaksanakan sasaran kerja organisasi akan dapat menjadi sebahagian daripada nilai dan budaya kerja setiap organisasi.

IV. Perancangan Secara Rapi dan Menyeluruh

Ingin saya tegaskan bahawa perancangan secara rapi dan menyeluruh merupakan faktor utama dalam menjayakan pelaksanaan sesuatu projek. Ia meliputi aspek-aspek seperti strategi dan pelan kerja, kaedah pengurusan projek, pengurusan sistem kawalan, pelan kewangan, prosedur kerja dan koordinasi antara agensi.

Perancangan projek yang rapi tidak akan berjaya sekiranya pihak pelaksana tidak mengamalkan kaedah pengurusan pelaksanaan yang betul. Ini boleh memberi kesan negatif kepada kos, jadual pelaksanaan dan prestasi teknikal.

V. Jalinan Kerjasama (Networking)

Di sini saya tegaskan bahawa perhubungan rapat semua agensi yang berkaitan di semua peringkat pelaksanaan projek adalah perlu diwujudkan.

Ini khususnya melibatkan semua agensi-agensi yang kritikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dan Jabatan Akauntan Negara (JAN).

Transformation of the Public Service

The public service needs to transform itself for two reasons. Firstly, the civil service cannot transform the society without transforming itself first.

Secondly, the public service needs to become more efficient and effective in providing a fair, transparent and quality service and to maintain law and order and social justice. There are three dimensions to this public service transformation.

Firstly, there is a need for an organizational transformation. Although the public service has undergone many structural changes, the basic hierarchical structure is still being maintained. It is here that a transformation is required. As government processes get more complicated, the need to work in teams and breaking barriers between divisions, units and departments become obvious.

Teams comprising of those responsible to start and complete a particular project or process should be given the task and responsibility of completing the process or project. In the traditional method, a semi complete process will move from section to section or unit to units and in a lot of cases can be stuck. Projects can get delayed. Having committees which meet from time to time can solve some of these problems but they are more like fire fighting and not really looking at long term solutions to project management or process improvement. What we need are self motivated flexible teams which can continually improve the processes and able to achieve its mission and targets.

In general most public sector organizations are pyramid shaped which is the inherent feature of the hierarchical system. The public service of the future will need to concentrate more on the planning, supervision and monitoring of projects, while the actual implementation will be done by the private sector. At the same time a number of non core activities of the government such as facilities management, cleaning and security services can be out sourced or contracted out to those who are more efficient. This will reduce the physical number of people in the public service but at the same time more work can actually be done more effectively. The structure of the service would be more like an inverted diamond rather than a triangle.

The introduction of IT will make communication between individuals and teams easier and with this connectivity; information for decision-making can be made available to all members of a team almost simultaneously. Equipped with such adequate data and information, team members can actually ensure that processes and projects can be carefully monitored and necessary corrections can be made immediately without jeopardising the project. Thus a transformed organization would comprised of teams which are well connected, which are self directed and motivated.

Secondly, there is a need for the transformation of process. Most public sector organization have taken steps to computerised and use IT in their work processes. What is more important here is the need for process to be reengineered, to be changed to ensure successful and cost effective computerization of the system and at the same time meet the needs of the customers and the final recipients of the process. Process also need to be documented to ensure quality of products and services. Adherence to standards such as ISO 9000 and 14000 will ensure the quality of our products and services meet international standards.

PROCESSES also need to be continually improved. Better technologies, new discoveries can help to speed up processes and a transformed process is one, which will cater for this continuous improvement. A lot of processes can be made more efficient if the physical working environment can be improved.

The third and most important dimension of transformation of the public service is the need to CHANGE THE PEOPLE OR INDIVIDUALS IN THE PUBLIC SERVICE. The people must be ready for the transformation. This can only be done through definite HRD policies and strategies aimed at improving and transforming the public service. A number of initiatives need to be done.

YBhg. Datu Chin menandatangani Surat Aku Janji
First they must have a clear vision and mission. Visions of the organization must be in cognisance with that of the individuals. Having a common vision enable individuals and teams to be inspired and motivated to achieve it. Adapting the mission of the public service to 012002 needs and ensuring that it is internalised by its members is a key component to the transformation process.

Secondly, there is a need to instil the correct values and principles while adapting to change. Public servants must be made to realise that they as well as the organization will benefit if every one adheres to common values in doing their work. Important values such as honesty and integrity should be part and parcel of the work culture and ethics.

Integrity measures for example are not a distinct activity, but rather an integral part of all management systems in which integrity measures provide complementary support for the overall management environment. Sound ethics management policy adequately combines enforcement and prevention measures.

However, there is a growing recognition that increased attention to prevention reduces the need for enforcement. Prevention is a less expensive investment in the long term, with a more positive impact on the public service culture and on the relationship between the public service and civil society.

Third, transformation requires officers who are competent in their job. Competency covers many areas and include ability to communicate, ability to work together and lead teams, the ability to anticipate and solve problems, ability to learn and to be more flexible and ability to improve themselves and their organization all the time. As job specification and requirement change, a lot need to be done to ensure that a person is competent of doing his job. Here structured training and retraining will need to be planned and carried out.

Fourth, transformation requires people to maintain a certain level of wellness. Competent but sick officers are a burden to the organization. In a transformed organization wellness is not just keeping physically fit. It should be a way of life. Wellness is a lifestyle, which determines your habit and what you eat and how you relate to others. Total wellness is the integration of physical, mental as well as spiritual wellness. They are invariably interrelated as spiritual and mental problems often manifest itself in physical sickness.

Leadership

Leadership is action not position. Effective leaders generate action. If you are trying to change a team, a unit or a whole organization, where you are in the organization is less important than what you are. You need to be a leader.

First you got to change yourself. Self-leadership is at the heart of effectively leading others. Self improvement is the beginning point to team or organizational improvement.

Dr William Cohen a student of leadership for 50 years in his Book The New Art of the Leader he said “ Leadership has an extraordinary power. It can make the difference between success and failure in anything you do for yourself and any group you belong.” He also proposed a model of leadership which he called the “combat model of leadership”. Why? Because the most difficult situation a leader faced is in a combat situation. Combat leaders have succeeded in their mission despite facing great risk, while maintaining high morale and espirit de corps.

The essence of leadership is simple. To motivate people to perform to their maximum potential to achieve goals or objectives that you set. The Eight Laws of Leadership: (from Dr William Cohen’s The New Art of Leadership are:

1. Maintain absolute integrity; Trust between leaders and followers. Integrity means more than telling the truth; it means doing the right thing, doing things that are within the bounds of laws and your own conscience.

2. Know your stuff: There are people who believe that they must have instant success and if they don’t get it, its due to office politics or because someone else don’t like them. (Bill Gates was successful because he knows his stuff even though he dropped out of college.

3.Declare your expectations: You can’t get there unless you know where it is. And let others know it too.

4. Show uncommon Commitment: means taking risk: If you are not committed no one else will

5. Expect positive results: If you expect to succeed or expect to fail you are right. It make sense to be ready for the worse, expect the best; maintain a Positive attitude

6. Take care of your people

7. Put duty before self; Mission and people must come before you

8. Get out in front where you can see and be seen. Know what is going on and followers know you are comitted

Performance Appraisals (Prestasi)

Finally, I wish to talk about performance appraisals. The performance appraisals are required to enable to give award, reward and motivation; I would like to stress that we need to have SKT.

• SKT translates vision into measurable objectives

• SKT needs to be reviewed if necessary

• Evaluation at year end to be done with new SKT

I would like to have a copy of SKT (to be prepared for all grade 3 upward) You can e-mail your SKT to my email address or SS Corner (whichever).


 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998