Rangkaian Khidmat Awan Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Sumbangan Artikel

Sumber Terhad Yang Semakin Terancam

Disediakan oleh: Ahmad Denney B. Hj Ahmad Fauzi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Negara mungkin menghadapi masalah sumber air pada masa akan datang jika kebersihan sungai tidak diberikan tumpuan sepenuhnya oleh semua pihak. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pertanian menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya mewujudkan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) bagi memastikan kebersihan sungai di seluruh negara terpelihara.

Menteri Pertanian Malaysia, Datuk Mohamad Effendi Norwawi berkata, PLSB juga akan memperkenalkan “Konsep satu sungai, satu perancangan” iaitu pembangunan setiap sungai dijalankan secara menyeluruh, bersepadu dan komprehensif. Katanya, “Pada masa ini, pengurusan sungai diserahkan kepada sektor berlainan dan menerusi kaedah berbeza. Pengurusan sungai menerusi konsep itu tidak berkesan kerana tidak bersepadu, malah sukar untuk mengatasi masalah pencemaran sungai secara menyeluruh.”

Pengangkutan air juga memainkan peranan penting dalam masyarakat ketika ini
Hasil kajian mendapati daripada 130 jumlah sungai di negara ini, sebanyak 100 sungai sedang mengalami ancaman pencemaran yang teruk.

Rakyat perlu diberi lebih pendedahan dalam meningkatkan kesedaran berhubung kepentingan menjaga kebersihan sungai. “ Jika kebersihan sungai tidak dikawal mulai sekarang, mungkin negara akan mengalami masalah sumber air dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.” ujar beliau lagi.

Air adalah punca kehidupan di bumi ini. Tanpa air, makhluk di dunia ini akan mati kehausan. Lebih daripada 70 peratus badan manusia dilitupi air. 70% daripada permukaan bumi juga dilitupi air. Sepintas lalu, air adalah sumber yang tidak terhingga nilainya. Hakikatnya, daripada jumlah itu, 97 peratus adalah air masin dan tidak boleh diminum. Daripada 3 % air tawar yang ada di bumi, 2.997 peratus adalah dalam bentuk bongkah ais dan glasier. Ini bermakna, hanya 0.003 peratus air di dunia ini boleh digunakan oleh manusia untuk pelbagai kegunaan hidup.

Cuaca panas lembap yang dialami Malaysia membolehkan kita menerima hujan antara 2000 hingga 5000 mm setahun iaitu antara yang tertinggi di dunia.

Bagaimanapun, jumlah sebenar air yang boleh digunakan kurang daripada jumlah itu kerana kemarau bermusim, kemerosotan kualiti air, pembaziran dan pengurusan sumber air yang kurang berkesan.

Jelas bertentangan daripada tanggapan umum, air sebenarnya adalah sumber yang terhad dan ia semakin terancam kerana masalah pencemaran. Kita perlu prihatin mengenai isu pencemaran air kerana air adalah sumber kehidupan dan bekalannya amat terhad.

Satu daripada lima orang di dunia ini tidak dapat menikmati bekalan air bersih. Kira-kira 1.2 hingga 1.3 billion orang di dunia ini gagal mendapat bekalan air minuman bersih, 2.2 billion menghadapi masalah mendapat kemudahan sanitasi dan 4 billion tidak mempunyai kemudahan pembentungan. Air yang tercemar boleh menyebabkan penyakit, kecacatan dan kadangkala menyebabkan maut.

Pembangunan pesat di Malaysia kini amat membanggakan. Pembangunan banyak mengubah taraf hidup kita apabila infrastruktur, peluang pekerjaan dan taraf ekonomi meningkat. Namun, disebabkan pembangunan, kita terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap kerosakan alam sekitar terutama kepada sumber air kita.

Sejak Malaysia menjadi negara perindustrian, banyak sungai tercemar akibat pembuangan sisa daripada :

i. Baja kimia, racun makhluk perosak dan racun rumpai dari ladang ternakan dan pertanian

ii. Hasil sampingan kimia merbahaya daripada sektor pembuatan

iii. Najis dan hasil buangan manusia dan haiwan dan

iv. Sabun, baja dan racun makhluk perosak, bateri, plastik dan kumbahan domestik dan aktiviti harian manusia

Hakikatnya, punca pencemaran air paling utama di Malaysia membabitkan sisa organik daripada kumbahan, sisa buangan haiwan dan mendapan tanah yang berlebihan.

Sisa buangan haiwan dari ladang ternakan bukan saja mengotorkan air tetapi boleh menyebabkan penyakit seperti taun, demam kepialu (tifoid) dan Hepatitis A dan lebih tragis lagi penyakit berkenaan boleh menyebabkan kematian.

Pencemar utama yang seterusnya adalah hasil sampingan kimia beracun dari sektor perindustrian, sektor pertanian dan racun makhluk perosak yang dibuang atau mengalir ke dalam sungai. Logam berat seperti plumbum (daripada bateri, cat dan petrol) dan raksa (daripada bateri dan plastik) yang boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf dan fungsi otak juga adalah antara punca pencemaran air.

Di Malaysia, terdapat 117 sungai utama dan lebih daripada 30 takungan air. Ini bermakna Malaysia mempunyai potensi sumber bekalan air yang banyak.

Bagaimanapun, mengikut laporan Jabatan Alam Sekitar tahun 1997, daripada 117 sun-gai itu, hanya 24 sungai diklasifi-kasikan sebagai bersih, 59 sebagai sedikit tercemar dan 13 sangat tercemar. Ini ber-makna air bersih yang dapat kita gunakan kurang daripada apa yang dijangkakan.

Tahukah anda bahawa 97 peratus air paip berpunca dari sungai? Secara purata, penduduk bandar di Malaysia menggunakan 526 liter air dan membazirkan 233 liter setiap hari. Negara kita pernah mengalami krisis air pada tahun 1997/ 1998 di kebanyakan negeri disebabkan pembaziran, pencemaran dan pengurusan air yang kurang efisien.

Pengalaman itu memberi iktibar kepada kita betapa pentingnya air kepada kehidupan kita. Jesteru, harungilah pengalaman ini untuk mengajar kita menghargai betapa pentingnya air kepada kehidupan seharian.

“Di Sarawak, kerajaan sedang menjalankan kajian tentang tahap pencemaran 32 buah sungai”, begitu antara lain kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Dr Soon Choon Teck.

Menurut beliau siasatan awal mendapati ada sungai yang terdedah teruk kepada pencemaran manakala yang lain adalah di tahap yang sederhana. Antara punca pencemaran yang dikenalpasti adalah aktiviti pembalakan, hasil buangan industri dan domestik serta bahan organik dan baja daripada aktiviti pertanian. Dr Soon menambah bahawa buangan yang mencemarkan sungai bukan sahaja akan menyebabkan aliran sungai tersumbat bahkan boleh mengakibatkan banjir kilat kepada kawasan berkenaan.

Beliau menegaskan agar penduduk setempat sedar akan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga kebersihan sungai kerana ianya akan mencerminkan tahap kesedaran sivik dan beliau turut mengesa pihak majlis berkuasa tempatan untuk turut sama menjaga dan terus memantau aktiviti-aktiviti berkenaaan dari masa ke semasa.

Baru-baru ini, satu kempen kesedaran bagi menjaga kebersihan alam sekitar telah diadakan di Sungai Tabuan. Kempen tersebut bertujuan untuk memupuk kerjasama di kalangan orang ramai dalam usaha untuk mencapai kebersihan untuk semua.

Dalam kempen tersebut, Datuk Bandar Bandaraya Kuching Selatan, YB Encik Chan Seng Khai telah menyatakan kekesalan beliau melihat keadaan sungai yang penuh dengan sampah sarap dan kelihatan seperti tempat pembuangan sampah. Menurut beliau, lebih banyak aktiviti gotong-royong adalah penting untuk memastikan sungai adalah bersih. Selain itu, pihak Majlis Bandaraya akan terus mendidik orang ramai mengenai pentingnya kebersihan melalui ceramah sekolah, poster kempen dan juga peraduan kesedaran kebersihan alam sekitar untuk pelajar sekolah.

Lain-lain pencemaran sungai di Sarawak ialah pembuangan najis haiwan, pembuangan sampah dari rumah, sisa-sisa kayu-kayan daripada pembalakan, pertanian pindah, projek pembinaan, pembangunan tanah dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998