Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak, Dato Azman bin
Abdul Rashid dalam rangka lawatannya ke Limbang
membincangkan pelbagai isu berkaitan aspek perkhidmatan dan
kebajikan jabatan Persekutuan dengan pegawai dan kakitangan
Persekutuan yang bertugas di sana.
Pertandingan Lanskap dan Fotografi yang dianjurkan oleh Majlis
Perbandaran Padawan (MPP) telah berjaya mengenalpasti
kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai
kawasan tarikan pelancong di samping menanam sikap
bertanggung jawab di kalangan rakyat untuk menjaga kebersihan
alam sekitar.
Keprihatinan Yayasan Kemajuan Insan (YAKIN) Sarawak
terhadap pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan tetapi
berpotensi besar dalam pelajaran, perlulah dilihat sebagai satu
motivasi dan dorongan pihak tersebut terhadap golongan ini.