Rangkaian Khidmat Awan Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Pegawai Kakitangan Awam Tandatangani Surat Aku Janji

YAB Ketua Menteri menurunkan tandatangan di Surat Aku Janji ...
Kira-kira 300 orang pegawai kakitangan awam di negeri telah menandatangani Surat Aku Janji di Pustaka Negeri pada baru-baru ini sebagai simbolik kepada penerimaan perkhidmatan awam negeri untuk menerima pekeliling perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2001 Penguatkuasaan Surat Aku Janji Untuk Pegawai Awam.

Surat Aku Janji adalah bertujuan untuk mengingat dan menyedarkan kakitangan awam akan peri pentingnya melaksanakan tugas dengan setia, jujur, bertanggungjawab, dedikasi dan profesional.

Antara kandungan Surat Aku Janji ialah bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan awam di negeri ini, bagi membolehkan pelanggan-pelanggan sektor awam menikmati perkhidmatan yang terbaik.

Secara keseluruhan, Surat Aku Janji sebenarnya adalah janji kakitangan awam untuk membaiki prestasi perkhidmatan awam demi kepentingan jangka panjang dengan menggelakkan pembabitan dalam perkara-perkara dan perbuatan yang ditegah oleh kerajaan.

Ia juga adalah usaha untuk menaikkan imej dan kualiti perkhidmatan awam dengan membaiki dasar yang sedia ada serta diperkemaskan lagi untuk mencapai tujuan dengan lebih berkesan.

Pelaksanaan Surat Aku Janji ini berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Ia menekankan setiap kakitangan awam tanpa mengira pangkat dan jawatan, mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta peraturan dan juga arahan lain yang dikuatkuasakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz Haji Husain dalam ucapannya berkata, Aku Janji diwajibkan kepada semua kakitangan awam bagi membolehkan mereka tertakluk kepada peraturan awam yang lebih jelas semasa menjalankan tugas.

“Kakitangan awam perlu menyedari akan tanggungjawab mereka untuk menjalankan tugas dengan cara yang profesional serta tidak membenarkan fikiran dan perasaan lain mempengaruhi perkhidmatannya,” - Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz ketika menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Menandatangani Surat Aku Janji Aku Janji
Jelasnya, melalui Aku Janji, kakitangan awam juga dilarang menggunakan kedudukan mereka dalam kerajaan untuk faedah diri dan tidak dibenarkan berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.

Katanya, usaha ini selaras dengan hasrat kerajaan ke arah melahirkan perkhidmatan awam yang cekap dan berwibawa bagi memastikan negara ini terus maju dalam suasana yang aman dan harmoni.

“Semua kakitangan awam perlu sedar akan pentingnya meningkatkan mutu kerja demi menjamin kepuasan hati pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka. Mereka juga perlu menyedari akan tanggungjawab mereka untuk menjalankan tugas dengan cara yang profesional serta tidak membenarkan fikiran dan perasaan lain mempengaruhi perkhidmatannya,” katanya.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998