Rangkaian Khidmat Awan Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

“ Aku Janji Kukuhkan Semangat Amanah Kakitangan Awam ”

YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud menyaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz Haji Husain menandatangani Surat Aku Janji sambil disaksikan oleh Setiausaha Kewangan Negeri, YBhg. Datu Chin Jew Bui dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Perancangan dan Pembangunan), YBhg. Datu Wilson Baya Dandot
Kakitangan awam di negeri ini perlu bersikap telus dan bebas dalam usaha melaksanakan amanah yang telah dipertang-gungjawabkan oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.)Haji Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, jentera perkhidmatan awam akan terus kekal walaupun kerajaan sentiasa bertukar mengikut amalan demokrasi. Oleh itu ia perlu bebas dan tidak dipengaruhi oleh soal politik, ini penting bagi menjamin pembangunan yang berterusan di samping kestabilan negara keseluruhannya.

“Pada dasarnya kita mesti sedar bahawa kakitangan awam adalah satu kumpulan pekerja yang menjadi jentera melaksanakan dasar dan tugas kerajaan kita, dengan itu perkhidmatan awam perlulah mempunyai kakitangan yang setia kepada kerajaan yang memerintah selain mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan penuh dedikasi dalam usaha menjalankan polisi yang diperkenalkan melalui pemimpin politik,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Aku Janji Pegawai Awam Negeri di Pustaka Negeri di sini baru-baru ini.

Menurut Ketua Menteri, Surat Aku Janji diharap akan memperkuatkan semangat kaki-tangan awam untuk menjalankan tugas dengan jujur dan penuh dedikasi.

“Perkhidmatan awam yang baik adalah perkhidmatan awam yang stabil dan tidak terganggu oleh perkembangan semasa politik atau dalam apa jua perubahan yang berlaku kepada negara dalam konteks politik. Dengan itu ia akan mampu berperanan sebagai penjaga kepada cita-cita dan aspirasi rakyat keseluruhannya.”

“Namun sudah pastinya perkhidmatan awam tidak harus melihat dirinya sebagai ‘master’ dalam usahannya menjalankan tanggungjawab itu. Ini kerana rakyat mempunyai wakil mereka melalui sistem politik, ‘demokrasi berparlimen’, di mana sekumpulan wakil yang telah dipilih akan bersuara sebagai wakil rakyat bagi membantu usaha perkhidmatan awam untuk membolehkan mereka memerintah negeri ini dengan lebih baik,” katanya

Ketua Menteri juga berpuas hati dengan kakitangan awam di negeri ini kerana mereka telah melaksanakan tanggungjawab serta cita-cita rakyat dengan ikhlas.

“Saya tidak ada apa-apa rungutan tentang kakitangan awam di negeri ini kerana mereka telah melaksanakan tanggungjawab dengan begitu ikhlas sekali,” katanya.

Sebaliknya, beliau kata kakitangan awam di negeri ini telah berjaya untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka selain bertanggungjawab untuk melaksanakan segala dasar yang telah dibuat oleh kerajaan yang memerintah.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998