A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Pentadbiran Bersih Menjamin Pembangunan Seimbang

Katakan tidak pada rasuah. Seharusnya semudah kita melafazkannya semudah itu kita melaksanakannya.

Perkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “al-risywah”. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.

Rasuah membawa banyak implikasi buruk kepada individu, masyarakat dan negara. Individu yang melakukan perbuatan rasuah sebenarnya telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak orang lain.

Organisasi yang pekerjanya bergelumang dengan rasuah pula, sukar sekali mencapai prestasi yang terbaik. Kualiti perkhidmatan atau produk yang dihasilkan jauh dibawah piawaian.

Ini kerana pekerja-pekerja yang terlibat dengan rasuah tidak berminat untuk memajukan organisasinya sebaliknya menggunakan kesempatan dirinya yang berada di dalam organisasi itu untuk mengaut seberapa banyak keuntungan yang boleh.

Masyarakat yang sebati dengan rasuah pula adalah masyarakat yang tidak seimbang. Terdapat jurang perbezaan yang terlalu ketara di antara yang kaya dan berkuasa dengan mereka yang sederhana, miskin dan lemah. Golongan masyarakat yang sederhana, miskin dan lemah akan terus tertindas di dalam segenap aspek kehidupan mereka.

Oleh itu, rasuah walau sekecil mana sekali pun harus dibenteras dan cuba kita atasi. Kita harus membangunkan perasaan jijik terhadap rasuah dan unsur-unsur yang suhabat dengannya. Kita harus sentiasa ingat bahawa melakukan rasuah seumpama mengambil dadah … sekali dilakukan, kita akan ketagih dan apabila ketagih, jumlah yang sedikit tidak mencukupi untuk memenuhi nafsu yang inginkan lebih banyak lagi.

Semakin banyak diambil, semakin lemah ketahanan diri dan akhirnya perbuatan jijik itu meresap menjadi amalan hidup individu terbabit. Apabila ini terjadi, sudah tiada lagi maruah pada diri individu itu. Dia menjadi seorang yang tidak berprinsip di dalam menjalankan tugas-tugasnya.

Perkhidmatan awam yang tercemar dengan rasuah adalah perkhidmatan awam yang pincang dan kepincangan ini jika dibiarkan berterusan bukan sahaja akan menjejaskan pembangunan fizikal negeri kita malah akan menyebabkan kemunduran masyarakat dan negara di dalam jangka panjang.

Sebagai anggota perkhidmatan awam, kita mesti menjalankan tugas kita dengan penuh dedikasi, amanah serta cekap. Kita harus menganggap rasuah sebagai musuh pentadbiran nombor satu dan kita hendaklah berganding bahu bersama Badan Pencegah Rasuah membenteras gejala ini di dalam organisasi dan masyarakat kita.

Hanya dengan ini akan kita dapat membangunkan budaya bersih dan amanah di dalam perkhidmatan awam kita di dalam usaha trasformasi ke arah perkhidmatan awam yang baru.

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998