A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 

KASKA Lantik Ketua Pegawai Penguatkuasa

Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam (KASKA) terus berusaha memastikan perkara berkaitan kesihatan awam dan perkhidmatan yang di bawah bidang kuasa majlis tempatan dilaksanakan dengan teratur selaras dengan dasarnya yang sedia ada.

Dengan itu, baru-baru ini kementerian telah melantik seorang pegawai khas yang akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap usaha penyelenggaraan dan penguatkuasaan di setiap majlis tempatan negeri ini.

Bekas Setiausaha Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Gary Tay adalah orang yang telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas itu sebagai Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian berkuatkuasa 2 Januari 2001 lalu.

Pegawai khas berkenaan akan bertanggungjawab sepenuhnya sebagai koodinator terhadap pelaksanaan perkara terbabit untuk memastikan dasar kementerian dapat dilaksanakan dengan teratur untuk faedah semua penduduk negeri ini.

Antara lain, tanggungjawab beliau ialah mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pasar ikan yang bersih dan kering, kemudahan awam di bangunan komersil di pasang secara teratur, meningkatkan tahap kesihatan dan kebersihan, penghapusan tempat pembiakan nyamuk, semua longkang berfungsi dengan baik, memastikan langkah keselamatan di taman awam serta padang rekreasi dan lorong pejalan kaki disediakan.

Selain itu beliau juga akan mengadakan lawatan ke semua majlis tempatan di samping mengadakan bekerjasama rapat dan melapor terus kepada kementerian berhubung prestasi semua majlis tempatan berkenaan.

Dalam usaha melaksana-kan tugas itu beliau akan dibantu oleh satu jawatan-kuasa iaitu Jawatankuasa Penyelenggaraan dan Pen-guatkuasaan yang akan ditu-buhkan di setiap majlis tempatan. Ia bertujuan mem-beri tumpuan khusus kepada dua perkara berkenaan.

Untuk itu semua majlis tempatan dalam usaha ini akan diarahkan memberi perhatian dan keutamaan kepada beberapa perkara yang berkaitan penyelen-ggaraan dan penguatkuasaan. Antaranya ialah;

• Menubuhkan Jawatankuasa Penyelenggaraan dan Penguatkuasaan di peringkat majlis untuk melaksanakan tanggungjawab berkaitan dua perkara itu, khususnya soal penguatkuasaan yang dikatakan masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

• Memastikan orang ramai membabitkan diri dalam usaha menjaga kebersihan baik diperingkat pekan, bandar atau negeri ini keseluruhannya, termasuklah memelihara alam sekitar (flora dan fauna).

• Memastikan penjaja dan peniaga turut terbabit sama dalam usaha mengekalkan kebersihan pasar atau premis perniagaan mereka; dan satu jawatankuasa khas berkaitan perkara berkenaan akan dibentuk di setiap pasar yang akan menempatkan wakil daripada penjual sayur, ikan dan makanan.

• Jawatankuasa ini juga akan ber-tanggungjawab memastikan kawasan yang berisiko mendatangkan kemalangan di bandar dan pekan diperbaiki seperti keperluan penyediaan lorong pejalan kaki, longkang berpenutup dan susur tangan untuk tangga dan tab mandi.

Kementerian melalui usaha ini berharap penduduk negeri ini di setiap peringkat di bandar atau pekan berusaha menyumbang untuk melindungi alam sekitar serta menjaga kebersihan sekeliling bagi kepentingan kesihatan awam keseluruhannya.

Aspek kebersihan, keselamatan dan keselesaan terus menjadi matlamat utama di dalam aktiviti penguatkuasaan dan penyelenggaraan di PBT di seluruh Sarawak

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998